Friday, December 26, 2008

minyak sawit sebagai minyak enjin

Petikan ni aku dapat dari chedet.com iaitu blog rasmi Tun Dr. Mahathir Mohamad. mungkin ini cara lain selain guna minyak itam yg ade kat pasaran. ape yg aku paham disini, minyak sawit tak bawak masalah kat enjin kete kalau digunakan. side effect pon tade. prestasi tetap same. yg menariknyer, pengguna motor pon bleh test cara nie. korang baca je la kat bawah ni iaitu pendapat dari orang yg penah guna minyak sawit sebagai minyak enjin.

Salam Tun,semoga tun sihat selalu.
1. Tun sy ni dah hampir setahun menggunakan minyak sawit sebagai minyak enjin kereta saya.Jadi kat sini sy nak share kepada semua orang termasuk tun. Kalo boleh tun ketengahkan la mengenai perkembangan ni kepada Proton ke, Produa ke , naza ke...
2. Saya mencampurkan 80% minyak sawit kedalam minyak injin manakala 20% lagi adalah minyak enjin biasa. Hasilnya seperti kita gunakan minyak enjin fully sentitik memang menakjupkan.Ketiga tiga kereta lama saya , Proton saga 1.5 auto, Fordleser 1.8auto dan peugeot 405 1.9auto juga guna minyak sawit. Motosikal kris 100 saya juga menggunakannya. Tapi harus diingat mesti gunakan minyak sawit asli bukan minyak jagung ke,minyak soya atau lain lain..
3. Menariknya bila kita guna minyak sawit ni enjin kereta saya menjadi lebih senyap dan halus, temperature juga tak mau naik tetapi dia maintain pada 70 degree je. Keupayaanya pula setakat ni saya dah cuba speed sehingga 150 ke 170/kmj malah keadaan enjin masih stabil dan halus.
4. Kreativiti adalah hak milik peribadi. Sesiapapun boleh menjadi seorang yang kreatif. Jika kreativiti seseorang itu ditambah lagi dengan usaha, inilah yang terhasil.
5. Minyak masak sawit sebenarnya boleh dijadikan sebagai minyak hitam atau (engine oil) kereta. Agak kelakar kenyataan ini tetapi itulah yang telah dilakukan oleh segelintir daripada rakyat Malaysia. Kisah mengenai minyak masak yang dijadikan sebagai minyak kereta bukanlah satu perkara baru. Kalau tidak silap aku, Majalah 3 pernah membuat slot untuk cerita beberapa tahun lepas tetapi tu hanyalah sekadar tontonan umum sahaja.
6. Tetapi apabila “kisah benar” ini dipaparkan secara rasminya di akhbar Kosmo, saya rasa sudah sampai masanya bagi badan-badan yang terlibat (NGO mahupun kerajaan) membuat satu kajian yang khusus dan serious kepada kebenaran minyak masak sawit ini.Tun pun boleh cuba kat kereta Merce tun tu. Kalo tun pakai minyak sawit tu saya percaya ramai orang akan buka mata ..

1 comment:

  1. SAYA PERCAYA 100% SEBAB ITU SEMUA KENDERAAN SAYA GUNA MINYAK SAWIT SEBAGAI MINYAK HITAM.(campur oil treatment NASA)

    ReplyDelete