Wednesday, December 31, 2008

perkahwinan kontroversi 08



nama : Aidil Zafuan Abd. Razak
umur : 21 thn
nama : Rita Rudaini
umur : 32 thn
beza bape tahun? 11 thn kan? jauh tak beza? tapi kalau kita tgk betul² muka rita ade cam 32 ke? isk! nampak muda kan? sweet je muka dia. patutla aidil ni minat kat dia. eh! ke rita yg minat kat aidil? ntahla, mane² je la. betul ek orang ckp cinta tak kenal usia. biarlah umur tu jauh beza tapi kalau da suka nak buat camne. yg penting sama² suka n sama² sayang. patut la beria diorang kawin w'pun pada mulanyer mak bapak aidil tak restu. maybe ade sbb diorang buat camnie. tu yg rahsiakan dulu perkahwinan diorang. cuba bayangkan mak bapak korang tak restu tapi dalam masa yg sama korang sayang sangat kat awek korang. so da jadik tersepit antara awek ngan family kan? tu yg jadik kat aidil. sayang punyer pasal terpaksa diorang kawin kat thailand. mungkin kalau mak bapak dia restu dari awal tade jadik benda camnie. maybe kawin secara meriah kat sini. tapi skang ni pon mak bapak dia da restu. tatau la restu terpaksa or restu secara ikhlas. yg penting diorang da selamat kawin. da pregnant da si rita tu. lepas ni si aidil jadik bapak pada umur yg terlalu muda. tayah la korang nak pikir² buruk pasal diorang nie. korang mengumpat banyak² pon bukan diorang dapat dosa. buat dosa kering je. so hentikan! yg penting kita doakan diorang bahagia hingga ke akhir hayat. utk awek² yg pendam perasaan kat aidil ni buang je la perasaan korang tu. perlu diingat yg aidil ni ade kembar. ape kata korang mimpikan wajah kembar dia. sama je cute!

Friday, December 26, 2008

minyak sawit sebagai minyak enjin

Petikan ni aku dapat dari chedet.com iaitu blog rasmi Tun Dr. Mahathir Mohamad. mungkin ini cara lain selain guna minyak itam yg ade kat pasaran. ape yg aku paham disini, minyak sawit tak bawak masalah kat enjin kete kalau digunakan. side effect pon tade. prestasi tetap same. yg menariknyer, pengguna motor pon bleh test cara nie. korang baca je la kat bawah ni iaitu pendapat dari orang yg penah guna minyak sawit sebagai minyak enjin.

Salam Tun,semoga tun sihat selalu.
1. Tun sy ni dah hampir setahun menggunakan minyak sawit sebagai minyak enjin kereta saya.Jadi kat sini sy nak share kepada semua orang termasuk tun. Kalo boleh tun ketengahkan la mengenai perkembangan ni kepada Proton ke, Produa ke , naza ke...
2. Saya mencampurkan 80% minyak sawit kedalam minyak injin manakala 20% lagi adalah minyak enjin biasa. Hasilnya seperti kita gunakan minyak enjin fully sentitik memang menakjupkan.Ketiga tiga kereta lama saya , Proton saga 1.5 auto, Fordleser 1.8auto dan peugeot 405 1.9auto juga guna minyak sawit. Motosikal kris 100 saya juga menggunakannya. Tapi harus diingat mesti gunakan minyak sawit asli bukan minyak jagung ke,minyak soya atau lain lain..
3. Menariknya bila kita guna minyak sawit ni enjin kereta saya menjadi lebih senyap dan halus, temperature juga tak mau naik tetapi dia maintain pada 70 degree je. Keupayaanya pula setakat ni saya dah cuba speed sehingga 150 ke 170/kmj malah keadaan enjin masih stabil dan halus.
4. Kreativiti adalah hak milik peribadi. Sesiapapun boleh menjadi seorang yang kreatif. Jika kreativiti seseorang itu ditambah lagi dengan usaha, inilah yang terhasil.
5. Minyak masak sawit sebenarnya boleh dijadikan sebagai minyak hitam atau (engine oil) kereta. Agak kelakar kenyataan ini tetapi itulah yang telah dilakukan oleh segelintir daripada rakyat Malaysia. Kisah mengenai minyak masak yang dijadikan sebagai minyak kereta bukanlah satu perkara baru. Kalau tidak silap aku, Majalah 3 pernah membuat slot untuk cerita beberapa tahun lepas tetapi tu hanyalah sekadar tontonan umum sahaja.
6. Tetapi apabila “kisah benar” ini dipaparkan secara rasminya di akhbar Kosmo, saya rasa sudah sampai masanya bagi badan-badan yang terlibat (NGO mahupun kerajaan) membuat satu kajian yang khusus dan serious kepada kebenaran minyak masak sawit ini.Tun pun boleh cuba kat kereta Merce tun tu. Kalo tun pakai minyak sawit tu saya percaya ramai orang akan buka mata ..

Wednesday, December 24, 2008

IJN nak diswastakan?

Pengerusi Sime Darby Berhad, Tun Musa Hitam meminta masyarakat umum tidak memandang negatif cadangan pihaknya untuk mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam Institut Jantung Negara (IJN).
bukan nak pandang negatif tapi risau lepas ni IJN akan lebih mementingkan orang yg berkemampuan je. abis tu orang yg xmampu nak letak mane? biar mati camtu je atas sbb kewangan? atas alasan utk membolehkan IJN memperoleh kemudahan dan peralatan rawatan jantung yang terkini serta moden tanpa halangan kewangan. halangan kewangan? kerajaan hari ini da xcukup duit ke nak adakan suma tu? cam pelik je? Laporan akhbar pada 18 Disember lalu menyebut konglomerat Sime Darby mengesahkan hasratnya mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam IJN dan memberi jaminan untuk mengekalkan khidmat sosial perubatan jantung kepada golongan miskin. jaminan tu sampai bila? jgn sampai nasib golongan pesara, kakitangan kerajaan dan mereka yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan rawatan di pusat jantung itu diabaikan. kalau terjadi camtu kat mane diorang nak dapatkan rawatan? nak suh gi jumpa bomoh? kah kah kah! bukan suma orang percaya benda² camtu. bukan xnak stuju 100% tapi takut keadaan lame akan berubah. harga yg sedia ade rasanyer mesti akan naik kalau diswastakan. ye la, masa tu kemudahan pon da bertambah, ramai pakar jantung yg baru dan secara tidak langsung harga rawatan pon confirm akan bertambah. ye la, nak cover balik duit yg diorang da bayar utk gaji pakar² yg keje kat IJN. masa tu orang yg xmampu jgn harapla nak dapatkan rawatan kat IJN. if benda tu jadi sape nak disalahkan? aku harap benda ni kekal cam biasa. utk ape diswastakan jika nasib rakyat sendiri terabai? renung²kan dan selamat beramal..

bukit antarabangsa

kejadian tanah runtuh di bukit antarabangsa pada 15.12.08 telah meranapkan 14 banglo dan harta benda yg bernilai jutaan ringgit. ade yg mati dan ade yg dapat diselamatkan. banyak aduan yg kita dengar dari penduduk bukit antarabangsa kerana tidak puas ati dengan tindakan pihak berkuasa tempatan dan pihak yg berkaitan kerana tidak bekerjasama membantu penduduk bukit antarabangsa. sampaikan nak saman pihak berkuasa tempatan. ade ke patut? ade yg buat aduan mengatakan mpaj, polis, rela, smart, bomba, tentera dan suma yg berkaitan tido sewaktu kejadian tanah runtuh tu. ye ke diorang tak buat keje? nampak sangat tak logik. ye la, larat ke korang nak buat laluan sendiri utk keluar dari tempat tu? ckp jgn sebarang ckp la. kalau diorang tak datang tlg, korang duduk la tengah² rumah yg runtuh tu. orang da datang tlg pon da cukup baik. ini lagi nak bising²! jgn pikir korang banyak duit korang bleh ckp ape saje! sampaikan bantuan makanan pon tak dihargai langsung! bantuan makanan dari hotel 5 bintang? shit! korang ingat korang sape? same² manusia la..

tanah runtuh kat ulu yam tu korang ade pikir? skit pon tak pikir kan? ini plak nak pikirkan orang kaye cam korang? yg miskin sape nak tlg? sebelah mate pon tak pandang! kadang² aku tgk diorang ni pilih bulu bila nak tlg orang! patut ke camtu? bila ade duit suma bantuan dapat dengan sekelip mate tapi bila tade duit langsung orang tak pandang. sbb ape? sbb korang kaye? patut pon Allah jentik bukit antarabangsa tu bagik runtuh. yg buat rumah kat atas bukit tu buat ape? xnak campur masyarakat? jgn la bangga sangat dengan kekayaan yg ade. bukan kekal pon suma harta tu. kalau bleh bawak masuk kubur suma orang da simpan harta banyak². bukan nak salahkan suma tapi ade segelintir masyarakat kat atas bukit tu yg rasa angkuh bila da jadi kaye! sbb tak penah nak tlg orang susah la jadik camnie. da kaye² tu tatau la reti nak bayar zakat ke tak? silap² tak penah langsung! orang miskin ingat benda² camtu. sbb tu hidup diorang diberkati. ape² pon takziah pada yg terkorban dan ini adelah peringatan utk masyarakat atas bukit tu utk memperingati yg maha Esa supaya tidak lupa akan tanggungjawab sebagai hamba Allah. insyaAllah..



sila baca kat bawah nie. aku dapat pon dari email. tatau sape yg punya ayat. hahaha!


Assalamualaikum. . Ape pun gua minta maaf kalau kat sini ada yang terasa dengan ape yang gua nak luahkan.. Bukan niat gua nak kutuk ape pun..cume gua rasa terpanggil dengan sikap ORANG-ORANG KAYA kat BUKIT ANTARABANGSA tu!

Wah!!! Bukan main lagi lu orang...rumah juta-juta... Harta juta-juta... buat rumah pun atas bukit..Kenapa buat rumah atas bukit?..Konon- konon darjat tinggi la...sama tinggi dengan malaikat?..sama tinggi dengan Nabi?..Ke nak privacy?..Atau memang taknak campur dengan masyarakat?. ..Gua tengok kebanyakkan orang meLAYU..tapi gua heran jugak...rumah juta-juta... harta juta-juta... tapi tempat nak mengadap Ilahi kecil je?...Sebab apa?...
SEBAB LU KAYA!!..

Bukan main dasyat lagi bantuan makanan pun dari hotel 5 bintang...sebab nak bagi MANGSA-MANGSA yang KAYA makan!.Kalau kawasan runtuh tu jadi pada rumah setinggan... ada dapat ke makanan dari hotel 5 bintang ni???... Nasi bungkus lu orang buang bagi babi makan?..nasi bungkus ape standard...Sebab apa?...
SEBAB LU KAYA!!

Gua lagi tambah sakit hati bila ada pemimpin datang nak jenguk...nak tengok-tengok lu orang...tapi lu maki apehal?...Lu dah bagus sangat ke nak maki orang?..Pemimpin atau wakil rakyat nak datang nak tengok rakyat...tapi lu maki sebab tak tolong kerabat lu angkat barang!..Lu sibuk pasal lu punya barang...ada lu pikir pasal TUHAN???...Sebab apa lu jadi macam ni??
SEBAB LU KAYA!!

Lagi satu hal yang pemimpin dok bagi sumbangan..bukan sikit..tapi puluh ribu..!!...nak cakap b**doh tapi jadi menteri...tapi pikir balik memang b**doh pun!..lu dah tau yang duduk atas bukit tu bukan orang miskin!..duit ada berjuta...lu ada pikir rakyat yang tak ada rumah?..yang tak makan?...Rakyat yang ada rumah macam dah nak roboh??..Sbab apa???
SEBAB LU KAYA!!!

Lu orang boleh tepekik telolong macam hilang akal sebab rumah juta-juta ranap!...ada lu orang nak beristgfar?. .Gua jadi heran ada makhluk macam lu orang!..Pasukan penyelamat nak tolong pun dah cukup bagus!..tapi yang lu nak maki dorang apehal?..Lu nak saman apehal?..Sebab apa??
SEBAB LU KAYA!!

Lagi gua tambah heran bila lu orang nak saman PBT...yang lu buat rumah atas bukit tu sapa suruh??..Nak pampasan???. .JANGAN HARAP!..cukup baik la MB Selangor bagi penginapan kat hotel..Tak bersyukur lagi???...Itu tanah persendirian. ..lantak lu la nak buat rumah...tapi bile dah ranap lu sibuk nak saman??..Sebab apa?
SEBAB LU KAYA!!!

Gua bukan dengki pasal lu kaya..peduli ape lu kaya!..lantak lu la..tapi lu kene ingat...ada yang lagi Maha Kaya...ada yang lagi Maha Besar...
LU PIKIR LA SENDIRI!!

Tuesday, December 23, 2008

pic kawin aku

for sure kalau da kawin mesti ade pic kawin. xkan pic naked plak! kah kah kah! korang bleh tgk pic² kawin pilihan aku. nak letak suma rasa banyak sgt la plak. letak skit² da la. nak tgk byk² meh datang rumah tgk album. hik hik hik ! ape² pon thanx for those yg datang memeriahkan kenduri kawin aku. thanx a lot !










Saturday, December 20, 2008

seorang orang keseorangan

assalamualaikum w.b.t.
for starting entry aku kenalkan diri ini yg tidak seberape. aku wujud dibumi yg indah ini pada 22.10.82 di hospital kuala lumpur. dilahirkan berpasangan. just for ur info im twins! tapi twins yg tak serupa atau dengan erti kata lain kembar tak seiras. ditakdirkan aku hidup dalam family yg sederhana mengajar aku erti hidup berdikari. kalau la mak bapak aku kaye aku rasa tatau ape jadik ngan aku skang. nak ikutkan citer patutnyer aku kuar yg kemudian but bila doc da tgk aku da lemas so dia kuarkan aku dulu. secara tidak langsung aku jadik abg! shit! perbezaan yg amat ketara bila korang tgk aku ngan adik kembar aku adalah dari segi fizikal. " abg kecik adik besar!" ramai sangat da orang ckp camtu. nyampak plak aku dengar ayat yg same. tade ayat lain ke? cuba la guna ayat lain. at least tahap menyampah aku tade la sampai tahap maksima! kalau tau jadik camnie baik aku jadik adik lagi best. tade la teruk sangat tanggungjawab. masa kecik je suma benda nak sama. dari segi kaler sampai la pattern baju. suma mesti nak same. da cam boria..

wtf! hidup ni kadang² pelik gak. nape perlu sama? takut ade yg kecik ati kot? bleh ke mak bapak berlaku adil pada anak²? cam tipu je.. mesti ade yg terlebey atau terkurang. persetankan itu suma! itu masa kecik but skang ni aku da besar. bukan remaja lagi da tapi da dewasa.

dewasa? huhu! perkataan yg penuh pengertian. aku rasa tak cam dewasa pun ade. maybe aku tak penah kenal ape erti dewasa. aku rasa same je. maybe bila da dewasa ni tanggungjawab besar dari dulu. bila da kawin lagi besar kan? rasa kelakar plak hidup berumahtangga w'pun realitinyer yg perlu aku akui adalah rumahtangga ialah satu benda yg membosankan. hidup ini terikat dengan suma benda. serba serbi nak kena jaga. ye la, da kawin la katakan. tau takyah kawin pun tape. haha! nonsense! jgn merepek la encik azrul! hidup mesti diteruskan. kalau hidup ni aku bleh atur da lame aku buat jadual utk hidup aku yg mendatang. tayah la ragu² nak hidup utk ari esok. utk pertama kali nyer aku pening utk mengubah hidup aku yg agak busan ketika ini. tapi tape.. selagi aku ade otak yg bleh berpikir akan aku pikirkan utk ubah hidup aku menjadi lebey mudah supaya tade la otak aku ni berpikir cam Thomas Edison nak cipta mentol supaya bleh menyala. camne nak ubah eh? maybe ade cara yg bleh ubah tapi adekah cara itu elok utk aku atau tidak? itu aku malas nak pikir! yg penting aku bersyukur masih ade yg sayangkan aku. slalu nasihat aku buat benda yg elok tapi realitinyer dia sendiri pun kesian ngan aku. thanx sbb sayang aku.

thanx sbb slalu berada disisi aku bila aku ade masalah. honestly korang kawan aku yg buat aku happy bila lepak ngan korang tapi happy tu ilang bila korang da ilang. nape jadik camtu eh? taklerh ke rasa happy tu sentiasa kekal dalam diri nie? diaorang slalu suh aku senyum w'pun dalam hati ini da teruk sangat mengenangkan hidup yg tak tentu hala. depan diaorang aku senyum w'pun berat just utk tgk dorang happy bila tgk aku happy. utk ape senyum kalau hati rasa sakit? diaorang ckp hidup ni sementara je. memang la sementara tapi xkan nak biarkan hidup ni cam nie? kalau ok tape. ni teruk cam haram. aku agak busan dgn kehidupan skang. busannyer!!! rasa cam nak masuk dalam tanah n then duk diam² tggu wakil² Allah utk tanyer soalan yg tidak mempunyai pilihan jawapan A,B,C,D atau kesemuanyer skali. ntah la.. aku pun tatau nak buat ape. tetiap ari aku rasakan hidup ni kosong sangat². aku rindu kehidupan dulu. penuh dengan gelak tawa. bleh lepak kedai kopi sampai pagi. tade sape nak marah. tapi itu suma dulu. skang waktu da berubah! maybe suma pengantin baru dapat rasakan perubahan situasi dari idup bujang ke alam rumahtangga. skang ni turn aku. berat rasenyer tanggungjawab bila bergelar suami. tapi aku akan toraiii!! aku akan cuba sedaya upaya utk lepaskan tekanan dalam alam rumahtangga yg baru kutempuh ini. bila dapat aku ubah utk hilangkan tekanan & bahagia bersama selamanyer dengan yg tersayang? entahla.. mungkin satu hari nanti!

special dedication to Zilfalila bt. Razali ( my luvly wife )
- thanx for accept me as ur husband -
thanx a lot dear!