Pengerusi Sime Darby Berhad, Tun Musa Hitam meminta masyarakat umum tidak memandang negatif cadangan pihaknya untuk mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam Institut Jantung Negara (IJN).
bukan nak pandang negatif tapi risau lepas ni IJN akan lebih mementingkan orang yg berkemampuan je. abis tu orang yg xmampu nak letak mane? biar mati camtu je atas sbb kewangan? atas alasan utk membolehkan IJN memperoleh kemudahan dan peralatan rawatan jantung yang terkini serta moden tanpa halangan kewangan. halangan kewangan? kerajaan hari ini da xcukup duit ke nak adakan suma tu? cam pelik je? Laporan akhbar pada 18 Disember lalu menyebut konglomerat Sime Darby mengesahkan hasratnya mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam IJN dan memberi jaminan untuk mengekalkan khidmat sosial perubatan jantung kepada golongan miskin. jaminan tu sampai bila? jgn sampai nasib golongan pesara, kakitangan kerajaan dan mereka yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan rawatan di pusat jantung itu diabaikan. kalau terjadi camtu kat mane diorang nak dapatkan rawatan? nak suh gi jumpa bomoh? kah kah kah! bukan suma orang percaya benda² camtu. bukan xnak stuju 100% tapi takut keadaan lame akan berubah. harga yg sedia ade rasanyer mesti akan naik kalau diswastakan. ye la, masa tu kemudahan pon da bertambah, ramai pakar jantung yg baru dan secara tidak langsung harga rawatan pon confirm akan bertambah. ye la, nak cover balik duit yg diorang da bayar utk gaji pakar² yg keje kat IJN. masa tu orang yg xmampu jgn harapla nak dapatkan rawatan kat IJN. if benda tu jadi sape nak disalahkan? aku harap benda ni kekal cam biasa. utk ape diswastakan jika nasib rakyat sendiri terabai? renung²kan dan selamat beramal..
No comments:
Post a Comment